Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi petrol tetap akan dilaksanakan tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara, lapor Berita Harian yang memetik berita dari Bloomberg.

Menurutnya susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.

“Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).

“Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi,” katanya.

Garis masa yang disebut itu masih bellum didedahkan, namun pada akhir tahun lalu Rafizi pernah dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

 

 

Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

Beliau berkata, 2024 akan memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) pada Januari 2024 memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.

Tambahnya lagi kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Adalah dijangkakan akan ada ketidakpuasan dan masalah sebaik ia dilaksanakan, tetapi kerajaan tidak mampu kepada pusingan ‘U’ apabila ia dilaksanakan.

“Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin,” kata Rafizi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Source link

post a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.