Nikmati tawaran menarik untuk Volvo XC40 dan C40 Recharge Pure Electric di Volvo Birthday Sale!
Bulan ini merupakan ulang tahun ke-97 kenderaan Volvo mula dikeluarkan dari kilang. Dan, untuk meraikan pencapaian tersebut serta legasi inovasi keselamatan mereka, Volvo Car Malaysia akan mengadakan Volvo Birthday Sale pada hujung minggu depan, 26-28 April di Sentul Depot, Lembah Klang serta di semua pengedar Volvo seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ada banyak tawaran menarik yang menanti.
Kereta elektrik adalah masa depan Volvo, jadi pelanggan juga digalakkan untuk beralih kepada mobiliti peribadi yang mampan dengan beralih kepada teknologi elektrifikasi. Untuk itu, akan diberikan tawaran rahsia yang hebat untuk Volvo XC40 dan C40 Recharge Pure Electric ketika acara ini berlangsung.
Tawaran berkenaan adalah tambahan kepada promosi April Volvo yang sedang berlangsung, dengan melibatkan antaranya rebat tunai sebanyak RM15,000 untuk kedua-dua kereta tersebut. Anda juga boleh menikmati tawaran hebat untuk kenderaan terpakai terpilih Volvo SELEKT serta semua barisan kenderaan Volvo plug-in hybrid.
Selain itu, 97 pelanggan terawal yang membuat tempahan sepanjang tiga hari acara itu akan menerima cenderahati dan hadiah eksklusif Volvo. Bagi mereka yang menempah Volvo XC40 atau C40 Recharge Pure Electric di Volvo Birthday Sale* dan membuat hantaran ucapan ulang tahun Volvo di laman sosial, anda berpeluang memenangi hadiah percutian untuk dua orang ke Gothenburg, Sweden serta lawatan ke World of Volvo yang serba baharu.
Volvo XC40 dan C40 Recharge Pure Electric menawarkan mobiliti sifar emisi premium terbaik oleh pengeluar kenderaan Sweden ini, dengan penggayaan khas Scandinavia, serta prestasi mengagumkan dan — seperti yang dijangkakan daripada Volvo — ciri keselamatan yang menyeluruh.
Volvo C40 Recharge Pure Electric telah menerima peningkatan untuk model tahun 2024, termasuk teknologi lampu utama pixel, rim dengan rekaan baharu yang menawan, sokongan pengecasan pantas DC sehingga 200 kW dan kapasiti bateri yang lebih besar dengan pertambahan jarak 100 km. Sistem janaan dua motor dan pacuan semua roda 408 PS pula telah diperkemas untuk memberikan lebih kuasa di bahagian belakang, menjadikan pengendalian yang lebih menyenangkan dan seimbang.
Semua ini menarik? Berkunjunglah ke Volvo Birthday Sale di Sentul Depot, Lembah Klang dan di semua pengedar Volvo seluruh negara pada 26-28 April, dari 10 pagi hingga 6 petang! Untuk memastikan anda mendapat tempat, daftar terlebih dahulu di laman rasmi Volvo Car Malaysia. Ada banyak aktiviti untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
*Untuk melayakkan anda, serahan kereta mesti dilakukan sebelum 31 Mei