Categories: Auto

GALERI: Volkswagen Touareg R-Line 2024 di Malaysia – CKD; 3.0L TSI V6 340 PS; dari RM472k dengan VAP

Selepas berita pelancarannya yang disiarkan pada 12 Mac lalu, kini kami bawakan pula galeri penuh bagi Volkswagen Touareg baharu. Ditawarkan dengan varian tunggal R-Line, SUV lima-tempat duduk generasi ketiga ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang, (pertama yang diproduksi dari luar Eropah) dan berharga atas jalan RM472,272 tanpa insurans.

Ia juga didatangkan dengan Volkswagen Assurance Package (VAP) termasuk dengan waranti lanjutan lima-tahun dan perbatuan tanpa had bersama pakej selenggara lima-tahun. Jika tidak mahu VAP, pembeli hanya menerima waranti standard lima-tahun dan harganya sekitar RM454,272. Ada lima pilihan warna badan iaitu
Lapiz Blue, Silicon Grey, Grenadilla Black, Oryx White dan Dolomite Silver.

Volkswagen Touareg R-Line 2024 ini menerima enjin petrol TSI V6 3.0 liter dengan penegcas turbo yang menghasilkan kuasa 340 PS (335 hp atau 250 kW) dan tork maksima 450 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan, dan kuasa dipacukan ke kesemua roda menerusi sistem AWD 4Motion Volkswagen.

Untuk suspensi, Touareg bagi pasaran Malaysia diberikan sistem suspensi udara dengan ciri pelarasan automatik yang melaras sendiri ketinggian kenderaan selari dengan kondisi permukaan jalan, boleh direndahkan sebanyak 40mm untuk memudahkan pengguna memuat dan memunggah barang dari ruang kargo, serta ditinggikan sehingga 70 mm untuk melepasi laluan berhalangan. Dengan suspensi ini juga membolehkan Touareg meredah air pada kedalaman 550mm.

Sebagai SUV Volkswagen yang paling dijual di sini, Touareg berukuran 4,878 mm panjang, 1,984 mm lebar dan 1,702 mm tinggi dengan jarak roda 2,894 mm. Dalam varian R-Line, ia menampilkan bampar hadapan dengan kemasan liang kemasukan udara dan gril berwarna hitam berkilat, kemasan-kemasan krom, logo ‘R’ pada pintu dan gril hadapan, lampu utama IQ.Light HD LED matrix dan juga rim aloi “Braga” dwi-tona rekaan lima-jejari bersaiz 20-inci dengan tayar 285/45R20.

 

 

Touareg didatangkan dengan ciri standard iaitu sistem infotainmen Innovision Cockpit, yang merangkumi paparan instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh 15-inci dengan kawalan pendingin hawa. Ia juga diberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, pad pengecas Qi tanpa wayar dan sistem bunyi Dynaudio Consequence 730-watt bersama 13-pembesar suara.

Klik untuk besarkan
Lain-lain ciri tempat duduk hadapan larasan kuasa(dengan fungsi pemanas, penyejuk dan memori), roda stereng flat-bottomed larasan kuasa, pencahayaan ambien 30-warna, kamera 360-darjah, dan sistem Night Vision yang pertam akali diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Sistem keselamatan tersebut memberikan pemandu pandangan lebih baik pada waktu malam dengan menggunakan sensor inframerah di dalam kamera. Sensor tesebut akan mengesan suhu badan manusia atau haiwan sehingga 130 meter bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada dengan pelanggaran yang mungkin berlaku.

Untuk lebih praktikaliti, barisan tempat duduk kedua boleh digelangsar (ditolak kiri-kanan) dan dibaringkan 40:20:40, membolehlan ruang but dipertingkatkan dari 810 liter ke 1,800 liter. Ia juga didatangkan dengan lima port USB-C yang boleh mengecas pelbagai peranti dengan kapasiti tenaga cecah 45W.

Ia juga didatangkan secara standard dengan sistem bantuan pemanduan Volkswagen IQ.DRIVE yang merangkumi ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control ACC (dengan Stop & Go), Area View, bantuan brek kecemasan hadapan, bantuan parkir, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, bantuan kekal lorong dan pemantau perhatian pemandu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Source link

mpsingh

Share
Published by
mpsingh

Recent Posts

Crispy Air Fryer Chicken Wings For Snacks

Crispy baked chicken wings being our most favorite snacking item, these air fryer chicken wings…

23 minutes ago

Crafting Homemade Dog Treats Tail-Wagged Approved!

There's something magical about the joy that sparkles in your pup's eyes when they catch…

30 minutes ago

Found Footage Horror On Tubi With Unlikely Director Tries To Capture Bigfoot

By Robert Scucci | Published 30 seconds ago Several months ago, I made the argument…

31 minutes ago

New Moon in Libra Annular Eclipse – Return to Cosmic Order

The New Moon in Libra annular solar eclipse wraps up this eclipse season. There are…

33 minutes ago

Aloo Methi (Potatoes with Fenugreek Leaves) | Lisa’s Kitchen | Vegetarian Recipes | Cooking Hints

One can never have enough recipes for potatoes, and for those who like to cook,…

1 hour ago

A Guide to Picking the Right Dog Toy

Enter the magical world of dog toys, where the joy of play knows no bounds!…

1 hour ago